Tuesday, January 27, 2009

Pengemaskinian Antivirus Kasperky Melalui Portal Antivirus


Semua Pengetua dan Guru Besar
Tuan,
Adalah dimaklumkan bahawa GITN Sdn. Bhd telah menyediakan kemudahan untuk pihak sekolah mengemaskini antivirus Kaspersky secara talian online KPM-SCHOOLNET sahaja melalui portal dibawah.
Username : kav
Password : kav123
Pihak GITN Sdn. Bhd. juga menyediakan manual dan tatacara bagi pengemaskinian antivirus Kaspersky didalam portal berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi meja bantuan GITN Sdn. Bhd (Tel: 1300 88 2888 atau emel: helpdesk@gitn.com.myAlamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ).
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Terima kasih.


* tak tau boleh ke tak MOD dah test tak bley pun.... link dah mampus !!! KER DIORANG TUTUP SERVER KER... WHAT EVER LAHH!!!
* mungkin dengan line SCHOOLNET SAHAJA BLEH AKSES ... CUBA LAH SENDIRI....

Read more...

Photo Shoots of 26 Jan 2009 partial Solar Eclipse










SOLAT GERHANA / BULAN / MATAHARI
Gerhana terbahagi kepada dua iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. Gerhana ini merupakan tanda kekuasaan Allah S.W.T. bukan disebabkan apa-apa munasabah. Contoh sebagaimana yang telah berlaku pada Zaman Rasulullah s.a.w apabila anak baginda yang bernama Ibrahim telah meninggal, kebetulan ketika itu berlakunya gerhana Matahari, maka orang-orang ketika itu menyangka berlakunya gerhana Matahari ini disebabkan kematian Ibrahim. Maka Nabi s.a.w bersabda :

"إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا
رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم ". (رواه البخاري ومسلم) Maksudnya :
“Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi bukti adanya Tuhan dan
kekuasaan-Nya. Keduanya gerhana bukan kerana matinya seseorang dan tidak pula
kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu mengetahui keduanya gerhana,
hendaklah kamu berdoa kepada Allah, dan solat sehingga habis gerhana itu.”
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama :
Niat solat Gerhana, Takbir.
Baca Al-Fatihah dan surah.
rukuk.
I’tidal,
Baca Al-Fatihah dan surah.
rukuk.
I’tidal.
Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua :
Sama seperti rakaat pertama.
NIAT SOLAT GERHANA
الخُسُوْفِ : Gerhana Bulan
الكُسُوْف : Gerhana Matahari
أُصَلِّي سُنَّةَ الخُسُوْفِ / الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat gerhana (Bulan / Matahari) 2 rakaat kerana Allah Taala.

Khutbah Khas Gerhana
MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah dalam mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan unggul serta mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata'ala di dunia dan di akhirat.

Allah Subhanahu Wata'ala Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui akan segala kejadian. Dialah juga yang menjadikan apa yang ada di bumi seperti manusia, jin, tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta menjadikan apa yang ada di langit seperti bulan, matahari dan sebagainya. Iaitu sebagai bukti keterangan yang nyata tentang kudrat, iradat, ilmu, kebijaksanaan serta pengurniaan nikmat dari Allah Subhanahu Wata'ala yang banyak dan luas yang mendorong supaya makhluk-Nya memuji dan bersyukur serta mengabdikan diri sebagai hamba dengan khusyuk dan tawaduk kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Umat Islam mestilah percaya dengan penuh yakin bahawa Allah Subhanahu Wata'ala pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya adalah di bawah kekuasaan Allah Subhanahu Wata'ala yang menggerakkannya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu Wata'ala jua dan ia-Nya mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri, Maha Suci Allah, Pentadbir seru sekalian alam.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ibrahim ayat 33, tafsirnya:

"Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk
kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup
kamu."


Sesungguhnya Allah menjadikan malam dan siang adalah sebagai tanda kekuasaan atau bukti kekuasaan-Nya, keduanya (malam dan siang) akan mengakibatkan perubahan dan perbezaan cuaca, masa dan waktu. Begitu juga dengan kejadian gerhana, adapun gerhana itu terbahagi kepada dua iaitu gerhana matahari dan bulan. Gerhana itu ialah suatu perubahan, suatu kejadian, suatu keagungan dan kebesaran tuhan yang berlaku pada matahari dan bulan, di mana kejadian ini adalah suatu perkara yang amat mudah bagi Allah Subhanahu Wata'la melakukan-Nya.

Oleh itu jika berlaku kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul suatu kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan, tetapi gerhana itu berlaku atas sifat wajib bagi Allah Subhanahu Wata'ala iaitu berkehendak dan berkuasa atas segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa jua kekuatan pun di dunia ini, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya:

"Dari Abi Masuud Radiallahuanhu berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam: Sesungguhnya matahari dan bulan tidak akan gerhana kerana kematian
atau hidupnya seseorang, keduanya itu adalah bukti dari tanda-tanda kebesaran
Allah Ta'ala. Maka apabila kamu melihat gerhana itu berdirilah, bersembahyang
dan berdoalah kepada Allah. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Apabila berlaku gerhana, kita sebagai umat Islam adalah dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar. Sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya:

"Dari A'isyah Radiallahuanha ia berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam: Maka apabila kamu melihat gerhana itu lalu berdoalah kamu kepada Allah
Ta'ala, serta berzikir, bersembahyang dan bersedekah. (Riwayat Al-Imam
Al-Bukhari).

Oleh yang demikian, wahai kaum Muslimin, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan semasa berlakunya gerhana bulan ini untuk bersegera bertaubat atas segala dosa yang telah dilakukan, serta memperbanyakkan doa dan istighfar memohon keampunan ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala. Di samping itu, marilah kita melakukan perkara-perkara yang berkebajikan dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Mudah-mudahan kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan, menambahkan dan menguatkan lagi keimanan serta ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal’alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran ayat 190 - 191, tafsirnya:
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukuran malam dan siang,
ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi
orang-orang yang berakal: Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah
semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka
pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: Wahai Tuhan
kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci
Engkau maka peliharalah kami dari azab neraka."

Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Solat sunat gerhana matahari dalam istilah arabnya : Solat Sunat Kusuf. Solat sunat gerhana bulan dalam istilah arabnya :
Solat Sunat Khusuf.

Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.

Hukum Solat Gerhana Matahari

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.
Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.
Cara Solat Sunat Gerhana

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! ( Solat berjemaah )

Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I'tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I'tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir

courtesy to HIKMAH @ http://hikmahcawangansarikei.blogspot.com





Read more...

Sunday, January 25, 2009

Sesi Ptg SMKSK- Wishes all Teachers and Student Of SMK Seri Kampar....



Some fact about Chainese New Year

The Chinese Lunar New Year is the longest chronological record in history, dating from 2600BC, when the Emperor Huang Ti introduced the first cycle of the zodiac. Like the Western calendar, The Chinese Lunar Calendar is a yearly one, with the start of the lunar year being based on the cycles of the moon. Therefore, because of this cyclical dating, the beginning of the year can fall anywhere between late January and the middle of February. This year it falls on February 12th. A complete cycle takes 60 years and is made up of five cycles of 12 years each.

The Chinese Lunar Calendar names each of the twelve years after an animal. Legend has it that the Lord Buddha summoned all the animals to come to him before he departed from earth. Only twelve came to bid him farewell and as a reward he named a year after each one in the order they arrived. The Chinese believe the animal ruling the year in which a person is born has a profound influence on personality, saying: "This is the animal that hides in your heart."


This Year is the Year of The OX`s
Oxen are born leaders, inspiring confidence in everyone they come into contact with. However, they can be too demanding. Methodical and good with their hands, they make fine surgeons and hairdressers.<------ ??? :P

Read more...

Sunday, January 18, 2009

PERKHEMAHAN KURSUS PENGURUSAN KELAB PERSATUAN DI SEKOLAH 2009


Album Aktiviti Perkhemahan Ko-Kurikulum 2009
smk seri kampar di Kem Sg Pauh Cameron Highland
Bahagian 1
( akan di upload lagi setelah menerima gambar daripada koleksi guru-guru lain yang terlibat )

Read more...

Tuesday, January 13, 2009

PERKHEMAHAN KURSUS PENGURUSAN KELAB PERSATUAN DI SEKOLAH 2009

Perkhemahan Kursus Pengurusan Kelab dan Persatuan Di Sekolah 2009
Tarikh: 17-18 Jan 2009 ( Sabtu / Ahad )
Tempat : Tapak Perkhemahan Jabatan Hutan Cameron Highland
Masa : pendaftaran 3.00-5.30 Ptg 17 Januari 2009

Kursus ini adalah arahan kementerian Pelajaran Malaysia untuk dilaksanakan disemua sekolah, kehadiran adalah Wajib kepada semua guru. Kehadiran akan diambil kira sebagai DUA hari jumlah jam kursus dalam Perkhidmatan. ( LADAP )

Read more...

Latihan Rumah Sukan sedang Giat diJalankan...


Mulai Minggu ini Latihan sukan sedang Giat dijalankan Sesi pagi akan mengadakan latihan pada waktu petang. Dan Sesip Petang akan menjalankan Latihan pada waktu Pagi....sehingga akhir bulan ini...dan akan disambung dengan sukan tara selapas Tahun Baru Cina....

Read more...

Sunday, January 4, 2009

Borang penilaian Pelajar ICTL


download borang penilaian pelajar ICTL 2009

Read more...

Muat turun RPT ICTL Tingkatan 1 dan 2 2009



anda mungkin perlukan aplikasi acrobat reader sila muat turun di sini

Read more...

SENARIO- MENYUARAT GURU 02.01.09




PK Kanan en Idris memberi taklimat HEM wakil Cg Yahya yang tidak dapat hadir
kerana ada program lain.. dah nk abis baru dia sampai....pn Rohani tu wat pe berdiri tegak..
ada lagu negara ku ke pe.... ???? ke nengok ada staff yg ngulor kan diri...




mesyuarat dan taklimat diteruskan dengan taklimat HEM...

ustazah wan mendengar dengan perihatin.. aikk awat nye Kak Zue kite terkeh..keh... awat yg lawak tu... uuummm dah terlentok ke ngulowwww.... (menu ular kan diri ) :D

last skali.. mesyuarat majlis guru melantik AJK baru sesi 2009

yg dilantik sebagai chairmen dia saudara meor hasby ... senarai penuh
akan disiarkan kemudian bila siap first meeting nanti kot.. itu pun kalo MOD dijemput.. hehehehe

Read more...

Friday, January 2, 2009

BARU DI BLOG SESIPTG-SMKSK 2009

Mulai 2009 guru dan pelajar sesipetang -smk seri kampar
boleh memuat turun ( download ) modul P & P , Rancangan Pelajaran Tahunan , dan bahan-bahan
P & P melalui pautan ( Link ) yang akan di sediakan oleh pihak MOD tidak lama lagi

Dihapat semua guru sesi petang supaya dapat menyerahkan bahan untuk di muat naik ( Upload )
ke server fail yang disediakan kepada Moderator Blog ini secara email atau By Hand jika ada bahan
yang difikirkan baik untuk kegunaan guru mahupun pelajar.

kepada guru yang ingin menyumbang bahan ke blog ini boleh meminta kebenaran akses admin blog daripada MOD blog melalui email di bawah blog ini

sekian terima kasih

Read more...

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP