Friday, August 14, 2009

Majlis Tahlil oleh Cikgu Shukri, Cikgu Fauzi, Cikgu Harun dan Cikgu Wan Azah


Jumaat 14 Ogos- hari ini giliran Majlis Tahlil Cikgu Shukri, Cikgu Fauzi, Cikgu Harun dan Cikgu Wan Azah mengadakan majlis Kenduri tahlil dan doa selamat..

sekali lagi al-fadhil al ustaz Mawardi di jemput mengepalai bacaan doa majlis kali ini..
"shukran ya ustaz... "




seperti biasa .. juadah yang disedakan ... semua tidak melepaskan peluang yang datangnya setahun sekali..


menu kali ini- mee rebus, gado-gado , karipap putar dan buah-buahan tempatan....

sungguh berselera abang awie, cikgu mansor, che kamil dan en chin...

turut hadir beberapa guru sesi pagi yang stayback kelas tambahan atau kerja tambahan...cik lai.. ustazah rodziah..


tak ketinggalan kakitangan pejabat yang dedikasi..

one of the sponsor... pn wan azah... tembikai tu nyumm nyummm


maka dengan ini , berakhirlah majlis pada minggu ini.. minggu hadapan dengar penuh seminggu hingga hari khamis dengan majlis kenduri tahlil dan doa selamat dari Guru-guru sesi petang dan beberapa guru sesipagi yang mengambil peluang sebelum labuhnya bulan syaaban dan terbitnya mentari ramadhan tahun ini.....wasalam

Read more...

BAHANG H1N1 - mula melanda seri kampar



.. dah macam sekolah ninja rantarou nintama pulak ...

sekarang sedang panas tentang penyebaran virus H1N1 di serata tanah air, sebagai langkat keselamatan pelajar seri kampar juga menggunakan topeng keselamatan untuk mengurangkan risiko jangkitan virus ini. Moga seluruh warga Seri Kampar, guru dan para pelajar serta keluarga dijauhi dari jangkitan ini.. aminnn

panduan memakai topeng H1N1


1. Basuh tangan sebelum memakai dan selepas menanggalkan topeng muka.

2. Tetulang besi ialah bahagian atas

3. Arah lipatan mengarah ke bawah ialah bahagian luar

4. Letak getah topeng muka dengan kemas di belakang telinga (jika jenis tali ikat dengan kemas belakang kepala)

5. Topeng muka mesti menutupi hidung, mulut dan dagu

6. Tetulang besi hendaklah tekan mengikut bentuk hidung dan muka

7. Jangan sentuh permukaan topeng muka untuk mengelakkan pencemaran

8. Apabila menanggalkan topeng muka, elakkan menyentuh bahagian luar kerana bahagian ini kemungkinan mengandungi kuman

9. Buang topeng muka yang telah digunakan dengan melipat ke dalam bahagian luar atau bungkus dalam beg plastik sebelum buang dalam tong sampah.

10. Ganti topeng muka jika ianya rosak, basah atau berhabuk

Untuk Doa Keselamatan dari Wabak Penyakit sila ke pautan Blog bekas Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus

KEPADA IBU BAPA DAN PENJAGA BEKALKAN KEPADA ANAK-ANAK SABUN BASUH TANGAN SEKIRANYA SEKOLAH TIDAK MENYEDIAKAN SABUN UNTUK MEMBASUH TANGAN

Read more...

Saturday, August 8, 2009

Ramadan Bakal Menjelma- aktiviti sesi petang SMKSK setiap jumaat


seperti kelazimannya menjelang sahaja bukan sya`aban..sudah menjadi tradisi bagi guru-guru sesi petang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.. mengadakan tahlil dan doa selamat...

bagi memanjatkan rasa syukur kepada Yang Maha Esa atas segala kurniaan nya .. sama ada dengan rezeki yang halal ini, nikmat kesihatan dan kemakmuran serta kesejahteraan juga kejayaan guru dan pelajar smk seri kampar khasya..
minggu ini giliran MOD mengadakan tahlil dan doa selamat dalam cuaca yang sejuk dan hujan rahmat ... majlis ini juga disertai oleh kak mazlina ( lab assistan )yang bakal bertukar ke sekolah baru minggu hadapan

Cikgu harun setiap minggu tidak melepaskan peluang bersama Guru sesi petang meramaikan majlis tahlil dan doa selamat ini dengan membawa buah tangan berupa buah durian... sedap beb..








majlis tahlil dan doa selamat ustazah wan rusnaniah penyelia ptg turut hadir bekas pengetua kita..puan Hjh Rohani dan suami....












moga majlis seperti ini akan terus menjadi tradisi bagi mengerat kan hubungan antara guru, kakitangan dan warga smk seri kampar dan juga diberkati Allah segala usaha dalam kerjaya mahupun kehidupan harian kami... ada juga beberapa guru sesi pagi yang menyertai untuk mengadakan kenduri tahlil dan doa selamat di masa akan datang... liputan akan dibuat dari masa kemasa sekian buat masa ini...
MOD

Read more...

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP