Tuesday, September 23, 2008

Cerita tentang Raya..... baca la pas tu komen kalau nak..

Moral: Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2. Buat anak
lelaki, tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu)
menemui ajalnya. Buat para isteri, jangan sampai jadikan suami anak
derhaka...


Setiap kali menjelang ramadhan tergiang-giang suara ibu yang
rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun.
Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika bulan puasa
selepas bersahor sementara menunggu waktu solat subuh ibu akan
memanggil kami semua (3 orang anak perempuannya - ibu mempunyai 4
orang anak perempuan seorang dah berumahtangga dan dua orang anak
lelaki) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam
dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami
walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan
ayah pula meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.


Ibu : Apa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baik lebih-lebih
lagi pada Ateh (anak no. 3) dan Acik (anak no.5). Ateh akan mendirikan
rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu
kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampong
siapa pada hari raya pertama. Betul tak??????


Ateh & Acik : Betul....mestilah ghumah ibu dulu.........


Ibu : Dengar dulu....contohnya jika rumah kamu di Tanjong Malim,
rumah ibu di Cheras dan rumah mentua kamu di Johor, rumah siapakah
yang akan kamu tuju dulu?


Ateh & Acik : Ghumah ibulah.....sebab dekat


Ibu : Tidak.......ibu tidak izinkan kamu balik ke
sini.........baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami
kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu........ibu tak kisah hari raya
yang keberapa sekalipun.


Ateh : Mengangguk.......(tanda faham ler tue...... dia nie banyak
ikut perwatakan ibu....penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam
menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut....diantara
kami adik-beradik dialah yang paling dalam
pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga).


Acik : Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh......kena
gilir-gilirlah baru adil. (dia nie memang kaki bangkang
pun.....outspoken skit kalau dia tak puas ati)


Ibu : Ingatlah......jika anak-anak perempuan itu sayangkan ibu
bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat
nanti...taatlah pada suami dan mentua ........


Acik : Macam kaum h**** lak. Dah kawin tak boleh gi rumah emakbapak.


Ibu : Bukan macam tu......islam tu indah.......setiap anak-anak
perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya
akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu..... dan seperkara
lagi.....untuk menjaga suami tidak sesusah mananye... hanya dua
perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut
ISLAM......JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA. InsyaAllah dia tak
akan ke mana.....kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu
juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah
macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.


Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan abang ipar yang yatim
piatu......jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak
masih mempunyai ibubapa mentua . Hampir setiap tahun pada hari raya
puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada
hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di Kedah).


Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua
hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba di rumah ibu. Ibu
terkejut tapi saya rasa.........terkejut campur gembira agaknya ibu
pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual
dengan abang ipar...


Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?


Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru
balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu).


Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?


Abang ipar : Tidak bu.......saya izinkan keluarga saya beraya di sini.


Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?


Abang ipar : Mereka tiada halangan.


(dalam hati saya rasa terkilan..........apalah ibu nie....biarkan
jerlah Acik nak beraya di sini)


Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang
ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan
ganggang talipon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya).
Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di
sini.(sambil menitis airmata) Terima kasih kerana membawa anak dan
cucu-cucu ibu ke sini.


Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja
tinggal di rumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu
dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga
kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah islam tapi ibu
amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu
dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka. Bayangkanlah
menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah
ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong
kerja-kerja rumah yang lain....(tak boleh cerita panjang.........dah
masuk bab mengumpat lak.......).


Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa
seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya. Alhamdulillah
apabila saya mendirikan rumahtangga......masalah pulang beraya tak
mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami
sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah
seorang menantu yang disenangi.


Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri......sempurnakah sudah
aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku sebagai seorang isteri
yang solehah?.........berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku
dulu???????? Ya Allah.....berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke
jalan yang engkau redhai.....Aminnn

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP