Friday, November 20, 2009

SEASON 2009 - FINALE.. SEE YA NEXT YEAR 2010

Tak ketinggalan Tn. pengetua kita..Tn Hj Soryahidayat dari PPD terus balik ke sekolah untuk bersama dalam majlis ini.
Cg. Harun , Rohaiza dan anak-anak...mmm.. mee kari tu..
Ustaz Anuar.. yang membacakan doa pada hari itu..
Ustazah Wan ( penyelia Petang) berselera.. nih taun depan baru ada lg makan2 macam nih..
tak ketinggalan, Miss Chan.. Miss Chai.. "mmm..manyak setap ini mee.. lumah pun tara makanan..juga... "
Kakitangan pejabat tidak dilupakan.... jasamu dikenang.. ;)
Jemputan Khas.. ustaz Mawardi.. walaupun hujan.. datang juge.. thank you ya sheikh...
Cg Faizah dan Cg Shikin.. ate kalo lapo tu makan ler mee tu.. jangan le makan tisu pulak.. ke ayo mate idong sume meleleh.. kepedasann..ke ape.. aje nye..yeeeaa....
Otai dan Nubee.. Kak Wan Bee dan Cg Salmah...

aii... meratah udang tu... ngape kume x dapat udang dalam mee nih.. Cg. Zaridah.. Kak Ina..

Khamis- 19 Nov 09, Satu majlis Kenduri doa selamat di adakan di Galeri SMKSK sesi Petang
merupakan Penutup bagi sesi 2009. Sponsor oleh MOD.. Hari ini juga penutup bagi program Serasi bersama Tingkatan1 dan 2 sesi 2010, Diucapkan terima kasih kepada mereka yang telibat secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan majlis ini, juga kepada guru-guru sesi petang, sesi pagi, Tuan Pengetua Tn. Hj Soryahidayat, Penyelia Petang Ustazah Wan Rusnaniah, Cg Zaridah Noor, Ustaz Anuar , Ustaz Mawardi.. semoga dirahmati dan selamat bercuti kepada yang bercuti.. selamat bertugas yang terus bertugas di musim cuti sekolah ini, Kepada Para Pelajar Sesi Petang jangan leka dikala cuti ini, jaga keselamatan, jangan lupa buku, Semoga semua sihat sejahtera dan selamat berjumpa lagi di sesi 2010 .
sekian- MOD nov09.
see ya all next year..
keep in touch..

Read more...

Saturday, November 14, 2009

Aktiviti Minggu Serasi Bersama Ting 1 dan 2 2010 part 2

Penceramah jemputan - Ustaz Shahrizal dijemput memberi ceramah agama akhlak remaja sebahagian pengisian program pada minggu ini.
ustaz sharizal juga salah seorang guru yang terlibat dengan tragedi Jambatan runtuh di Kuala Dipang tempoh hari menceritakan pengalaman beliau kepada pelajar sebagai ikhtibar.

ustaz shukri sebagai MC pada peang itu

Penghargaan- Pihak sekolah menyampaikan penghargaan kepada ustaz sharizal sebagai tanda terima kasih kerana sudi menyumbang tenaga dalam minggu serasi bersama 2009/2010 ini.
( dari kiri-MOD , Ustaz Shahrizal dan Ustaz Shukri

Read more...

Kenduri Penutup semester di sesi ptg- smksk

selera durian- Tn hj Soryahidayat pengetua smk seri kampar sedang menikmati juadah hari itu
Jemput makan- tetamu sedang menjamu selera
dua sejoli- ustazah wan dan pn rohaiza menjamu selera

Bau Kenduri- Cg harun muncul tiba-tiba sebelum ke ipoh singgah sebentar memeriahkan majlis
Sponsor- Cg Salmah sopnsor durian dari Kg Gajah..

Read more...

Thursday, November 12, 2009

Program Minggu serasi bersama Ting 1(2010) & 2 - sesi Petang




ceramah polis dan disiplin - oleh Pegawai Polis IPD kampar

Program Minggu Serasi Bersama Tingkatan 1 sesi 2010 dan tingkatan 2 sesi 2010 telah dan sedang dijalankan mulai dari 9 Nov hingga 19 Nov 2009- ini merupakan program pengisian yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanaafaat kepada para pelajar sesi petang. antara aktiviti yang telah dan sedang dijalankan ialah ceramah agama, moral, motivasi dan juga aktiviti fizikal seperti sukan futsal dan bola jaring yang dijalankan setiap petang selain tayangan video bertema sains, teknologi, sejarah, moral dan kemanusiaan yang membentuk peribadi dan sahsiah pelajar ke arah hidup yang sihat dan positif.

Read more...

Sunday, November 8, 2009

Facinating Malaysia-Teluk Rubiah Golf n Country Resort








Read more...

Sunday, October 25, 2009

Musim Peperiksaan Akhir Tahun 26 Okt 2009 hingga 3 Okt 2009



23 oktober 2009 - persediaan dewan peperiksaan



26 Oktober 2009 hari pertama Peperiksaan akhir tahun bermula.
Matematik kertas 2 ( 1.45 hingga 3.55 )
Bahasa Melayu kertas 2 ( 3.55 hingga 5.45)

Read more...

Friday, October 9, 2009

MAJLIS JAMUAN RAYA... di sesi ptg

Read more...

Friday, September 18, 2009

Suasana sehari Sebelum cuti Hari Raya .. bermaafan amalan mulia..



suasana sebelum cuti sambutan hari raya dan majlis penutup bulan penghayatan ramadhan 1430, penyampaian cenderahati kepada peserta program penghayatan ramadhan serta majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar anak yatim dan kurang bernasib baik.. terima kasih kepada semua yang menyumbang sama ada secara langsung dan tidak langsung dan juga kepada para penderma yang murah hati semoga diberkati dan ditambah rezeki insyaallah

Read more...

WARGA SESIPTG-SMKSK MENGUCAPKAN




SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SELURUH WARGA SMK SERI KAMPAR,PENGETUA , PENTADBIR, GURU-GURU, IBU BAPA, DAN PARA PELAJAR YANG DIKASIHI.. SEMOGA SYAWAL MENGUNDANG KEBAHAGIAAN, KESEJAHTERAAN, KESIHATAN YANG BAIK DAN KEMAAFAN SERTA DIJAUHI KESEDIHAN JUGA PERKARA YANG TIDAK DIINGINI...

Read more...

Monday, September 14, 2009

Kemuncak Sambutan Bulan Ramadhan 1430H..

Read more...

Antara Aktiviti yang dijalankan pada bulan ramadhan

Read more...

Saturday, September 5, 2009

E-MAIL - sejarah dan Adakah Kita guna kemudahan ini secara betul atau tak tau ..




e-mail... semua orang tau apa itu email... adakah sekadar sebut aje, guna hantar dan terima dari kengkawan,atau sekadar ikut arahan orang atas ...
ini cerita email yang dipetik dari akhbar harian metro tentang sejarah dan kegunaan email .. jadi.. guna lah email.. jangan sekadar tahu sebut je macam kaka tua..



Cuba bayangkan aturan biasa yang dialami: terima e-mel, buka e-mel, tutup, buka balik kemudiannya, tutup sekali lagi dan mungkin berakhir dengan buang e-mel.
Cara berulangan seperti itu boleh membosankan pengguna e-mel memandangkan penggunaan sedemikian agak ketinggalan zaman.

Kini, e-mel bukan lagi sekadar penyimpan surat elektronik, malah ia sudah melangkau jauh sebagai perkakasan komunikasi dua hala yang berupaya menyuburkan hubungan sosial.

Platform e-mel bukan saja digunakan untuk menghantar surat elektronik, malah kini pengguna boleh berbual menerusi ikon sembang, menghantar video, menguruskan jadual melalui kalendar dan banyak lagi.

E-mel dikatakan direka terlebih dulu sebelum kewujudan Internet dan menjadi alat penting dalam penciptaan Internet.

Pada 1961, Massachusetts Institute of Technology (MIT) mula mendemonstrasikan Sistem Perkongsian Masa Serasi (Compatible Time-Sharing System - CTSS) yang membolehkan ramai pengguna masuk ke IBM 7094 dari terminal berbentuk dail secara jarak jauh serta menyimpan fail online dalam cakera.

Kebolehan baru ini menggalakkan pengguna berkongsi maklumat dengan bermulanya era baru e-mel pada 1965 sebagai kaedah untuk pengguna komputer kerangka utama berkongsi masa bagi berkomunikasi sesama sendiri.

Sungguhpun sejarah tepatnya tidak jelas, antara sistem terawal yang memiliki kemudahan sebegini ialah Q32 SDC dan CTSS oleh MIT.

E-mel dengan pantas berkembang menjadi e-mel rangkaian yang membolehkan pengguna mengirim mesej di antara komputer berlainan pada 1966.

Perkembangan e-mel yang pesat dikatakan hanya untuk kegunaan golongan muda kerana ada yang berpendapat ia sukar terutama apabila inovasinya semakin berkembang sejak kebelakangan ini.

Pembekal e-mel seperti Google (Gmail) adalah antara pelopor yang menyediakan ruang lebih meluas untuk manusia berkomunikasi menerusi kemudahan itu.

Keupayaan aplikasi lain yang dimuatkan dalam e-mel dikatakan sukar digunakan golongan pertengahan umur dan ke atas apatah lagi kalau mereka tidak mempunyai asas teknologi maklumat (IT) kukuh.

Pendapat terbabit ternyata meleset kerana e-mel seperti Gmail menyediakan platform mesra pengguna tanpa mengira batas umur mereka.

Sejak dilancarkan pada 2004, Gmail menarik perhatian golongan berusia untuk menggunakannya seperti ahli perniagaan berasal dari Subang Jaya, Abdul Karim Abdul Kadir, 59.

"Saya menggunakan Internet sejak ia diperkenalkan, malah menggunakan Gmail Google apabila ia mula-mula dilancarkan di peringkat 'beta' yang boleh diakses melalui jemputan khas saja.

"Malah, saya menghantar jemputan itu kepada menantu lelaki saya yang juga graduan dalam bidang IT namun dia pun tidak pernah mendengar mengenai Gmail sebelum itu," katanya.

Karim berkata, Gmail kini sebati dalam hidupnya memandangkan ia menjadi platform untuknya dalam berkomunikasi, berbual dan bertukar foto sesama keluarga.

"Kalau mahu berbual, saya akan gunakan Google Talk memandangkan ia menghubungkan saya dengan keluarga lain walaupun pada jarak yang jauh," katanya.

Ketika mula diperkenalkan rakannya, Karim tidak menyangka ia akan merubah hidupnya untuk berkomunikasi dengan kerap.

Katanya, Google Talk memiliki keupayaan bertenaga menghubungkan manusia secara berdepan menggunakan kamera web, malah ia turut memaparkan rakan lain yang berada di ruang sembang sama untuk dihubungi.

"Gmail mempunyai banyak kelebihan seperti ruang penyimpanan memori luas. Oleh itu saya tidak lagi perlu memadam e-mel dan menyimpannya dalam arkib.

"Saya memiliki empat kumpulan hubungan (contact) dalam Gmail merangkumi 47 individu termasuk keluarga terdekat dan saudara di Denmark, Jepun, Sudan, New Zealand dan Australia.

"Kami berkomunikasi melalui Google Talk dan bertanyakan khabar menerusi e-mel hampir setiap hari manakala tiga kumpulan lain termasuk kumpulan golf, komuniti setempat dan surau," kata Karim.

Sementara itu, bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah, Datuk Jeyam Ponnudurai, 78, menggunakan fungsi berbual dalam Gmail untuk mengajar matematik dan sains kepada cucunya yang tinggal berasingan.

"Apabila pulang dari sekolah, cucu saya akan membuka Gmail untuk berhubungan serta meminta saya mengajarnya subjek yang bersesuaian dengan keupayaan saya.

"Secara tidak langsung, saya mampu berkomunikasi dengan orang tersayang walaupun mereka berada jauh di mata," katanya.

Menurutnya, setakat ini penggunaan Gmail menerusi komputer peribadi (PC) memudahkan hidupnya namun beliau belum bersedia untuk membuka e-mel menerusi telefon bimbit.

"Usia sebegini pastinya menyukarkan saya kalau mahu membuka e-mel menerusi telefon bimbit walaupun berminat untuk melakukannya," katanya.

Sejak diperkenalkan lima tahun lalu, Gmail mengalami pelbagai perubahan yang bertujuan mengetengahkan pengalaman e-mel mengagumkan. Berikut antara ciri Gmail yang mungkin tidak diketahui.

1. Berbual melalui suara atau video

Ia direka untuk menambah kualiti komunikasi yang tidak terhad kepada teks semata-mata. Pengguna boleh menetapkannya dengan memindah turun aplikasi terbabit di http://gmail.com/videochat.

2. Penetapan fungsi tapisan

Fungsi terbabit membenarkan pengguna mengawal inbox dengan menetapkan 'create a new filters' pada ruangan 'Settings' yang membolehkan Gmail menyusun fail anda secara automatik.

3. Gunakan Gmail walaupun tanpa sambungan Internet.

Ada situasi yang memerlukan kita membuka e-mel bagi mendapatkan maklumat namun terpaksa online contohnya, ketika mengakses e-tiket dalam kereta api yang tiada sambungan Internet.

Gmail mengubah senario ini menerusi Offline Gmail yang mampu diakses pada ruangan Settings pengguna.

4. Senaraikan apa yang perlu dibuat melalui Tasks.

Kebanyakan kita sering terlupa terutama perkara kecil seperti peringatan membayar bil atau senarai barang yang perlu dibeli.

Melalui ikon Tasks, senaraikan keperluan sebagai ingatan, malah ia turut mampu diakses menggunakan telefon bimbit.

5. Perbaharui carian e-mel.

Katakan pengguna mahu mencari e-emel daripada rakan bernama Ali, taipkan perkataan terbabit pada ruangan 'Search' dan anda akan mendapat senarai e-mel yang berkaitan.

6. Sentiasa berhubungan

Gmail mudah alih boleh diakses pada kebanyakan perkakasan dengan lebih 35 bahasa.

7. Susun inbox dengan label berwarna

Kalau pengguna sentiasa pening dengan fail yang berlambak dalam akaun, tandakannya melalui warna yang disukai.

8. Pilih tema berwarna untuk inbox

Mungkin ada yang bosan dengan antaramuka e-mel biasa didapati namun menerusi Gmail, pengguna boleh mengubah dengan pilihan tema serta warna melebihi 30 rekaan.

9. 'Surat balasan elektronik' tersedia.

Pada suatu ketika, kita akan malas membalas e-mel dengan teks yang sama namun melalui 'Canned Responses', pengguna boleh menyiapkan teks terlebih dulu sebelum menyimpannya untuk dihantar dengan kerap.

10. Hentikan menghantar e-mel yang membuatkan anda menyesal di kemudian hari.

Kadang-kadang, kita akan menaip e-mel dalam keadaan mengantuk sehingga tidak sedar apa yang ditaip, tetapi menyesal sebaik e-mel dihantar kerana ia tidak menepati kehendak asal.

Menerusi Mail Goggles, pengguna boleh menetapkan tarikh dan masa sebelum menghantar e-mel diingini.

dipetik dari
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/itMetro/20090902095142/Article/indexv_html

Read more...

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP