Friday, November 20, 2009

SEASON 2009 - FINALE.. SEE YA NEXT YEAR 2010

Tak ketinggalan Tn. pengetua kita..Tn Hj Soryahidayat dari PPD terus balik ke sekolah untuk bersama dalam majlis ini.
Cg. Harun , Rohaiza dan anak-anak...mmm.. mee kari tu..
Ustaz Anuar.. yang membacakan doa pada hari itu..
Ustazah Wan ( penyelia Petang) berselera.. nih taun depan baru ada lg makan2 macam nih..
tak ketinggalan, Miss Chan.. Miss Chai.. "mmm..manyak setap ini mee.. lumah pun tara makanan..juga... "
Kakitangan pejabat tidak dilupakan.... jasamu dikenang.. ;)
Jemputan Khas.. ustaz Mawardi.. walaupun hujan.. datang juge.. thank you ya sheikh...
Cg Faizah dan Cg Shikin.. ate kalo lapo tu makan ler mee tu.. jangan le makan tisu pulak.. ke ayo mate idong sume meleleh.. kepedasann..ke ape.. aje nye..yeeeaa....
Otai dan Nubee.. Kak Wan Bee dan Cg Salmah...

aii... meratah udang tu... ngape kume x dapat udang dalam mee nih.. Cg. Zaridah.. Kak Ina..

Khamis- 19 Nov 09, Satu majlis Kenduri doa selamat di adakan di Galeri SMKSK sesi Petang
merupakan Penutup bagi sesi 2009. Sponsor oleh MOD.. Hari ini juga penutup bagi program Serasi bersama Tingkatan1 dan 2 sesi 2010, Diucapkan terima kasih kepada mereka yang telibat secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan majlis ini, juga kepada guru-guru sesi petang, sesi pagi, Tuan Pengetua Tn. Hj Soryahidayat, Penyelia Petang Ustazah Wan Rusnaniah, Cg Zaridah Noor, Ustaz Anuar , Ustaz Mawardi.. semoga dirahmati dan selamat bercuti kepada yang bercuti.. selamat bertugas yang terus bertugas di musim cuti sekolah ini, Kepada Para Pelajar Sesi Petang jangan leka dikala cuti ini, jaga keselamatan, jangan lupa buku, Semoga semua sihat sejahtera dan selamat berjumpa lagi di sesi 2010 .
sekian- MOD nov09.
see ya all next year..
keep in touch..

Read more...

Saturday, November 14, 2009

Aktiviti Minggu Serasi Bersama Ting 1 dan 2 2010 part 2

Penceramah jemputan - Ustaz Shahrizal dijemput memberi ceramah agama akhlak remaja sebahagian pengisian program pada minggu ini.
ustaz sharizal juga salah seorang guru yang terlibat dengan tragedi Jambatan runtuh di Kuala Dipang tempoh hari menceritakan pengalaman beliau kepada pelajar sebagai ikhtibar.

ustaz shukri sebagai MC pada peang itu

Penghargaan- Pihak sekolah menyampaikan penghargaan kepada ustaz sharizal sebagai tanda terima kasih kerana sudi menyumbang tenaga dalam minggu serasi bersama 2009/2010 ini.
( dari kiri-MOD , Ustaz Shahrizal dan Ustaz Shukri

Read more...

Kenduri Penutup semester di sesi ptg- smksk

selera durian- Tn hj Soryahidayat pengetua smk seri kampar sedang menikmati juadah hari itu
Jemput makan- tetamu sedang menjamu selera
dua sejoli- ustazah wan dan pn rohaiza menjamu selera

Bau Kenduri- Cg harun muncul tiba-tiba sebelum ke ipoh singgah sebentar memeriahkan majlis
Sponsor- Cg Salmah sopnsor durian dari Kg Gajah..

Read more...

Thursday, November 12, 2009

Program Minggu serasi bersama Ting 1(2010) & 2 - sesi Petang




ceramah polis dan disiplin - oleh Pegawai Polis IPD kampar

Program Minggu Serasi Bersama Tingkatan 1 sesi 2010 dan tingkatan 2 sesi 2010 telah dan sedang dijalankan mulai dari 9 Nov hingga 19 Nov 2009- ini merupakan program pengisian yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanaafaat kepada para pelajar sesi petang. antara aktiviti yang telah dan sedang dijalankan ialah ceramah agama, moral, motivasi dan juga aktiviti fizikal seperti sukan futsal dan bola jaring yang dijalankan setiap petang selain tayangan video bertema sains, teknologi, sejarah, moral dan kemanusiaan yang membentuk peribadi dan sahsiah pelajar ke arah hidup yang sihat dan positif.

Read more...

Sunday, November 8, 2009

Facinating Malaysia-Teluk Rubiah Golf n Country Resort








Read more...

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP