Friday, August 21, 2009

Pra Program Penghayatan Ramadhan....



Kedatangan Bulan Ramadhan memang ditunggu.. penuh dengan keberkatan, keampunan dan kenikmatan.. sebagai menghayati kesucian dan kemuliaan bulan Ramadhan ini sesiptg smk seri kampar mengadakan pelbagai program kerohanian yang disusun oleh Ustaz dan ustazah sesipetang sepanjang bulan Puasa ini. ikutilah perkembangan program tersebut selepas cuti pertengahan semester ini mulai 1 september 2009 akan datang..
sebagai pra program 21 Ogos telah dijalankan pragram PRA Penghayatan Ramadhan.. yang menyediakan program khas kepada semua pelajar .. pelajar bukan islam disediakan program kesedaran sivik dan moral manakala pelajar islam caramah ramadhan disediakan yang diberikan oleh penceramah jemputan ustaz mohd azmi...
sekian
jumpa lagi selepas cuti semester 1 sept.09..
wasalam.. dan selamat berpuasa MOD

Read more...

Finale!!! kenduri Marhaban Ya Ramadhan...



hari ini 30 Syaaban... dan esok 1 Ramadhan..
berakhir la sudah syaaban..begitu juga majlis kenduri tahlil dan doa selamat yang dikelolakan oleh guru-guru sesipetang dan beberapa orang guru sesi pagi.. yang dianjurkan oleh Guru sesiptg terutamanya .. mastermind nya pn zaridah noor dan puan zakiah bersama penyelia petang.. ustazah wan Rusnaniah..
majlis hari ini merupakan penutup bagi majlis yang biasa diadakan setiap kali menjelang ramadhan setiap tahun dan penutup kali ini ditaja oleh cik salma, pn shikin, dan rakan-rakan seangkatan dengan mereka...
selepas ini bulan ramadhan penuh dengan program sambutan ramadhan dan penghayatan ramadhan dikalangan pelajar dan guru sesi petang..
jumpa lagi dalam jamuan hari raya GRAND SESIPTG .. juga acara tahunan yang biasa dijalankan selepas hari raya aidilfitri .

sekian
MOD

Read more...

Wednesday, August 19, 2009

Majlis Tahlil dan doa selamat 18 & 19 Ogos 09



Antara senario majlis tahlil dan doa selamat pada 18 dan 19 Ogos 2009 - 18 Ogos majlis oleh Ustazah Rodziah, Kaunselor Aina dan Pn Rokiah ( Kak K)
dan 19 Ogos oleh Cikgu Zakiah Basir... syukran alhamdulilah...

Read more...

criminal minds- " siakap senohong gelama ikan duri...



bercakap bohong lama-lama mencuri "... antara pelajar yang tertangkap ketika mencuri di salah sebuah premis aksesori kecantikan dan alat tulis di kampar minggu lepas.. mereka yang didapati bersalah telah dikenakan hukuman rotan oleh guru disiplin dan rekod kesalahan dicatat.. sementara menunggu siasatan lanjut dan pengesahan dari pemilik premis berkenaan.

Read more...

Friday, August 14, 2009

Unpublished Album april and mei 2009



ini merupakan aktiviti smksk yang tidak sempat diupload atas sebab teknikal dan proses transformasi blog sesiptg-smksk v2



hari Koperasi SMKSK 09

Read more...

Majlis Tahlil oleh Cikgu Shukri, Cikgu Fauzi, Cikgu Harun dan Cikgu Wan Azah


Jumaat 14 Ogos- hari ini giliran Majlis Tahlil Cikgu Shukri, Cikgu Fauzi, Cikgu Harun dan Cikgu Wan Azah mengadakan majlis Kenduri tahlil dan doa selamat..

sekali lagi al-fadhil al ustaz Mawardi di jemput mengepalai bacaan doa majlis kali ini..
"shukran ya ustaz... "




seperti biasa .. juadah yang disedakan ... semua tidak melepaskan peluang yang datangnya setahun sekali..


menu kali ini- mee rebus, gado-gado , karipap putar dan buah-buahan tempatan....

sungguh berselera abang awie, cikgu mansor, che kamil dan en chin...

turut hadir beberapa guru sesi pagi yang stayback kelas tambahan atau kerja tambahan...cik lai.. ustazah rodziah..


tak ketinggalan kakitangan pejabat yang dedikasi..

one of the sponsor... pn wan azah... tembikai tu nyumm nyummm


maka dengan ini , berakhirlah majlis pada minggu ini.. minggu hadapan dengar penuh seminggu hingga hari khamis dengan majlis kenduri tahlil dan doa selamat dari Guru-guru sesi petang dan beberapa guru sesipagi yang mengambil peluang sebelum labuhnya bulan syaaban dan terbitnya mentari ramadhan tahun ini.....wasalam

Read more...

BAHANG H1N1 - mula melanda seri kampar



.. dah macam sekolah ninja rantarou nintama pulak ...

sekarang sedang panas tentang penyebaran virus H1N1 di serata tanah air, sebagai langkat keselamatan pelajar seri kampar juga menggunakan topeng keselamatan untuk mengurangkan risiko jangkitan virus ini. Moga seluruh warga Seri Kampar, guru dan para pelajar serta keluarga dijauhi dari jangkitan ini.. aminnn

panduan memakai topeng H1N1


1. Basuh tangan sebelum memakai dan selepas menanggalkan topeng muka.

2. Tetulang besi ialah bahagian atas

3. Arah lipatan mengarah ke bawah ialah bahagian luar

4. Letak getah topeng muka dengan kemas di belakang telinga (jika jenis tali ikat dengan kemas belakang kepala)

5. Topeng muka mesti menutupi hidung, mulut dan dagu

6. Tetulang besi hendaklah tekan mengikut bentuk hidung dan muka

7. Jangan sentuh permukaan topeng muka untuk mengelakkan pencemaran

8. Apabila menanggalkan topeng muka, elakkan menyentuh bahagian luar kerana bahagian ini kemungkinan mengandungi kuman

9. Buang topeng muka yang telah digunakan dengan melipat ke dalam bahagian luar atau bungkus dalam beg plastik sebelum buang dalam tong sampah.

10. Ganti topeng muka jika ianya rosak, basah atau berhabuk

Untuk Doa Keselamatan dari Wabak Penyakit sila ke pautan Blog bekas Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus

KEPADA IBU BAPA DAN PENJAGA BEKALKAN KEPADA ANAK-ANAK SABUN BASUH TANGAN SEKIRANYA SEKOLAH TIDAK MENYEDIAKAN SABUN UNTUK MEMBASUH TANGAN

Read more...

Saturday, August 8, 2009

Ramadan Bakal Menjelma- aktiviti sesi petang SMKSK setiap jumaat


seperti kelazimannya menjelang sahaja bukan sya`aban..sudah menjadi tradisi bagi guru-guru sesi petang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.. mengadakan tahlil dan doa selamat...

bagi memanjatkan rasa syukur kepada Yang Maha Esa atas segala kurniaan nya .. sama ada dengan rezeki yang halal ini, nikmat kesihatan dan kemakmuran serta kesejahteraan juga kejayaan guru dan pelajar smk seri kampar khasya..
minggu ini giliran MOD mengadakan tahlil dan doa selamat dalam cuaca yang sejuk dan hujan rahmat ... majlis ini juga disertai oleh kak mazlina ( lab assistan )yang bakal bertukar ke sekolah baru minggu hadapan

Cikgu harun setiap minggu tidak melepaskan peluang bersama Guru sesi petang meramaikan majlis tahlil dan doa selamat ini dengan membawa buah tangan berupa buah durian... sedap beb..








majlis tahlil dan doa selamat ustazah wan rusnaniah penyelia ptg turut hadir bekas pengetua kita..puan Hjh Rohani dan suami....












moga majlis seperti ini akan terus menjadi tradisi bagi mengerat kan hubungan antara guru, kakitangan dan warga smk seri kampar dan juga diberkati Allah segala usaha dalam kerjaya mahupun kehidupan harian kami... ada juga beberapa guru sesi pagi yang menyertai untuk mengadakan kenduri tahlil dan doa selamat di masa akan datang... liputan akan dibuat dari masa kemasa sekian buat masa ini...
MOD

Read more...

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP